Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Kampus Seremban

Selari dengan penubuhan UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA) juga telah ditubuhkan pada Februari 2014. BHEA bertanggungjawab dalam mengurus hal ehwal akademik yang melibatkan Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) dan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR).

BHEA dibantu oleh Ketua Pusat Pengajian/Koordinator untuk mengawasi spektrum luas aktiviti teras di BHEA:

  1. Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi
  2. Koordinator Sarjana Muda Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi
  3. Koordinator Diploma Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi
  4. Ketua Pusat Pengajian Statistik dan Sains Pemutusan
  5. Ketua Pusat Pengajian Matematik
  6. Ketua Pusat Pengajian Sains Aktuari
  7. Koordinator Fakulti Perakaunan
  8. Koordinator Fakulti Undang-Undang
  9. Koordinator Akademik Pengajian Bahasa
  10. Koordinator Akademi Pengajian Islam Kontemporari
  11. Koordinator Fakulti Pengurusan Perniagaan
  12. Koordinator Sains Komputer

Visi

Menjadikan bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Negeri Sembilan sebagai satu bahagian yang unggul dalam menguruskan dan melaksanakan aktiviti akademik yang berteraskan kecememerlangan bagi melahirkan graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

Misi

Memberi khidmat professional kepada program yang ditawarkan di UiTM Negeri Cawangan Sembilan bagi melahirkan generasi Profesional Bumiputra yang berilmu, berinovatif, beriltizam, bertaqwa serta berdaya saing yang berlandaskan nilai-nilai murni dan beretika serta mampu meneraju pembangunan Negara.

Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Negeri Sembilan Kampus Seremban berjanji untuk berusaha memastikan pelanggan-pelanggan kami yang terdiri daripada para pelajar, pensyarah, ibubapa, industri dan masyarakat memperolehi impak yang maksimum.

Pelajar

  • Memastikan pendaftaran pelajar dan peperiksaan diuruskan dengan tepat mengikut jadual pada setiap semester.
  • Menyediakan surau-surat pengenalan diri untuk tujuan penyelidikan dan tugasan disediakan dengan tepat tidak lewat tiga hari dari tempoh permohonan.

Staf Unit dan Bahagian

  • Menyediakan perkhidmatan percetakan bahan ujian 3 hari dari tarikh permohonan.
  • Menguruskan rekod dan maklumat akademik dengan cekap, tepat dan kemas.
  • Memberikan kerjasama sepenuhnya kepada unit dan bahagian dalam perlaksanaan tugas dan tanggungjawab

Ibubapa dan Industri

  • Menghasilkan graduan yang berketrampilan sesuai dengan kehendak industri dan Negara.
  • Memberi khidmat nasihat mengenai pengambilan pelajar, program, prospek program dan kerjaya.
  • Menganjur dan mengendalikan kursus seminar dan konvokesyen secara proaktif dan reaktif.
  • Melatih para pelajar dengan scenario sebenar di alam pekerjaan berdisiplin, berkemahiran tinggi, professional. Berhemah tinggi serta mampu menjadi agen perubahan dalam organisasi dan industri.